liyana
Siang tadi marathon rumah terbuka member-member kat Johor ni. Alamaklumlah masing-masing da kahwin jadi masing-masing pun berrumah terbuka menjemput kawan-kawan yang single-mingle ni kan. Meriah jugak. Ramai yang datang. Mula-mula pergi rumah Asri-Fathin. Pasangan pertama yang kahwin. Da jadik mak buyung 7 bulan da member aku yang sorang tue. Still kuat lagi nak beropen house bagai. Tapi yang kelakarnya, Asri si husband yang jadik tukang masak. Leh tahan sedap pulak tu kalah aku oi. *malu*. Then, petang tu pegi rumah Bob-Hawa pulak. Kali ni makan western katanya. Spaghetti tu. Bak kata Bob, " aku tak makanla makanan jawa-jawa." Berlagak tak berlagak uolls padahal kat rumah Fathin tadi kemain menambah nasik bagai. Hahaha. Memang klakar kawan aku yang sorang tu.
at Fathin's house
from left: me, iza, shima
Seronok bila berkumpul ramai bercerita hal masing-masing, pasal life, kerja, future planning. Kadang bila tengok yang da berkahwin tu rasa sayu je hati. Tertanya-tanya sendiri boleh ke aku jadik macam mereka? Mampu ke aku bahagia macam mereka? Tapi cepat-cepat aku tersedar, aku tak boleh comparekan diri aku dengan mereka. Rezeki Allah kat mana-mana je selagi kita berusaha mendapatkannya.
at hawa's house
from left; fathin, asri, bob, hawa, fuza, shirah, iza, duang

Since ramai da geng-geng UTM aku yang da kahwin ni, officially aku adalah forever alone kat sini. Haha. Sunyi kot bila takda geng nak berpoya-poya (oi, datang UTM nak belajo ke nak berpoya?) Hehe. Kadang-kadang time stress kenala berpoya kejap buat hilang stress. Dulu time kerja selalu dating kan cik awak kan? Sebelum hujung minggu mesti awak tanya saya nak pegi mana sampai saya pun stress tak tahu nak pegi mana lagi. Kesian awak, da takda geng jugak nak berpoya ye? Sori sayang. Huhu. 
hei awak, saya tengah rindu giler kat awak ni. awak rindu saya tak?
*meroyan di malam merdeka*


 p/s: kuat betul dugaan perhubungan jarak jauh ni ye. Ya Allah, kuatkanlah imanku....Amiinnn...

liyana
Ok. Havoc je lebih. Padahal kalau ikutkan beliau dah 3 tahun 4 bulan. Kalau ada anak, dah boleh bawak pergi main air kat Sunway Pyramid da. (ok lame) tp kesiannya blog aku ni macam semput sangat. Haha.. Bak kata Najwa, kosong kosong kosong...... Almaklumlah dapat ibu yang sangat super bz tak hengat *mata juling gteww* (fake sangat kau yana) dan juga malas (ok, yang tu betul sekali).

Ikutkan terlalu lalu lalu lalu banyak benda nak cerita (ayat ni da berapa kali entry kau cakap) contohnya macam trip pergi KOREA hari tu.....ok bulan lima hari tu. Trip impian dari umur 3 tahun lagi siap kumpul duit 10 sen sehari.... *fake lagi* boleh plak aku tak cerita, boleh tak? boleh tak? lagi pasal raya raya hari tu, dan kejadah lagila aku xberapa tak ingat.

Ok jadinya sebagai menebus semula kesalahan aku sebagai ibu yang tak bertanggungjawab, (sentap dengan ayat sendiri) aku akan rajin-rajinkan diri untuk menghupdate kejadah hape yang berlaku dulu, kini dan selamanya. Aku janji, aku janji ni, janji. Nampak takk? 

Oleh yang demikian marilah kuberi serba sedikit teaser apa yang aku nak hupdate nanti kalau aku rajen *dusssh3* Ok tak2.. 

   
 teaser: trip to korea(1st day)

teaser: hari raya aidilfitri 2013



liyana
Since aku da break up dengan ben dulu, aku da jumpa pengganti yang baru. Tadaa... Mr Irwansyah yang dulu pernah berkrisis dalam diri aku. tak sangka pulakla kami ni berjodoh rupanya. ingatkan dulu aku je yang syok sendiri tapi guess what we're more than one year relationship.. yeayy! perggghhh... terasa cam sarkastik macam video budak baru couple seminggu tu.. teehehe... jokes je ye dik. jangan ambil hati. well, since we both born in April, senangla sikit nak faham perangai masing-masing.and aku pun tak mau lagi mengulang kesilapan lalu. hopefully this one will last till jannah.. ammiiinnn..  aku tak mengharapkan beliau jadi yang sempurna tai cukup sekadar kami berdua bertahan menghadapi dugaan yang mendatang. 
awak... saya janji yang saya akan setia sampai akhir hayat saya! (puuuuiiiii!!)

pestaim dating... (shy shy cat lg)

ok, da xberapa shy shy cat da... 

trip to USS... yeayyy... bilala agaknya nak bercuti lagi ni...

unforgettable moment.... sobsobsob... =')
liyana
Da lama sangat aku tinggalkan blog kesayangan aku ni. Sekarang aku tgh sambung phd di utm. Alhamdulillah da lpas dua semester da. Sekarang student sedang cuti semester. Literally aku nak masuk semester ketigala.. Aku sambung course architecture lagi n program aku program fast track maksudnya aku skip master. Nampak cam untung tapi agak challenging sebab langsung xda base research teros buat phd. Silap hari bulan bole quit tengah jalan. Tapi hopefully aku masih mampu bertahn ke akhirnya.
Chaiyokk... Lillahi taala..

ini workstation saya

ini universiti saya

ini sayalah... 

heheh...k chowww...
Labels: 1 comments | edit post
liyana

Aku hanyalah wanita biasa yang hanya mengharapkan diri ini dicintai sepertimana aku menyintai dirinya. Namun, setiap kalinya diri ini sering shaja diduga dengan pelbagai dugaan yang melahirkan kekecewaan yang merobek-robek kepercayaan terhadap dirinya. pelbagai perbuatan yang tidak mampu kutelan begitu sahaja. aku maklum sifatnya seorang lelaki namun mengapa lelaki lain yang boleh menahan diri dari melakukan perkara yang dia lakukan? Mengapa dia tidak begitu kuat menahan keinginannya yang sangat menjijikkan itu? Bukan sekali dua perkara ini terjadi, sudah acapkali juga aku menangkap perbuatannya itu namun masih kumaafkan perbuatannya. namun hanya kemaafan sahaja yang aku beri, kepercayaan terhadap dirimu semakin lama semakin pudar. tidak lagi seperti dulu. aku kini lebih banyak meragui dirimu dalam setiap perkara yang kau lakukan. Betapa sadis bukan percintaan sebegini. Bagaimana kehidupan kita seterusnya sekiranya kepercayaan sudah tiada lagi antara kita? Kekecewaan hati ini dipermainkan sehingga ketiga kalinya menunujukkan betapa bodohnya diriku mempercayaimu. Hingga saat ini, aku akan masih terus bertahan sehingga retak yang selama ini menanti belah akhirnya...


COPYRIGHT BY NOORLIYANA BINTI RAMLEE 2010. Powered by Blogger.